← Tujuh Bidang Tumpuan

Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap

Memelihara kawasan hijau, landskap dan biodiversiti bagi mewujudkan persekitaran kampus yang sihat serta kondusif.

Objektif

Menjaga pokok, taman dan kawasan hijau secara terancang. Menggalakkan penanaman spesies yang bersesuaian serta perlindungan biodiversiti. Melibatkan warga kampus dalam aktiviti penghijauan dan penjagaan kebersihan persekitaran.

Aktiviti Bidang Tumpuan 3

Peserta menanam herba sempena gotong-royong Minggu Transformasi Siswa.
01/08/2025

Gotong Royong Minggu Transformasi Siswa – Taman Herba

Taman Herba, Politeknik Balik Pulau

Aktiviti gotong-royong Taman Herba sempena Minggu Transformasi Siswa untuk memupuk kerjasama, memulihara tanaman tempatan dan menyokong pembelajaran tentang kelestarian alam.

Lihat Aktiviti →
Gambar berkumpulan sempena lawatan penanda arasan Smart Green PBU ke Setia SPICE Convention Centre.
18/06/2025

Lawatan Penanda Arasan Smart Green ke Setia SPICE Convention Centre

Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang

Delegasi Smart Green PBU meninjau amalan pengurusan lestari, pengumpulan air hujan, kecekapan tenaga dan landskap hijau di Setia SPICE Convention Centre sebagai rujukan untuk kampus mampan.

Lihat Aktiviti →
Aktiviti penanaman dan penjagaan herba sempena program Earth Day di PBU.
23/04/2025

Program Earth Day: Powering Sustainability melalui Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Taman Herba)

Politeknik Balik Pulau

Inisiatif Taman Herba PBU memperkenalkan dan memulihara tanaman herba tempatan melalui aktiviti penanaman, penjagaan serta pembelajaran untuk menyokong kelestarian kampus.

Lihat Aktiviti →
Peserta meneroka kawasan Taman Negara Pulau Pinang sempena program Nature Adventure.
09/04/2025

Program Nature Adventure @ Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Penerokaan alam melalui jungle trekking dan pembelajaran ekosistem bagi memupuk kesedaran biodiversiti, kemahiran insaniah serta amalan hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Lihat Aktiviti →
Poster kempen Jom Kitar Semula sempena gotong-royong EKSA PBU pada 10 Januari 2025.
10/01/2025

Program PBU Lestari 1 2025

Politeknik Balik Pulau

Gotong-royong warga PBU untuk menceriakan kampus, membaik pulih peralatan dan membudayakan kitar semula bagi menyokong persekitaran kerja kondusif EKSA.

Lihat Aktiviti →
Peserta program bersama sisa yang dikumpulkan semasa Let’s Clean It Up Malaysia 2024.
24/08/2024

Program Let’s Clean It Up Malaysia Sempena World Clean Up Day 2024

Kerjasama bersama GREW dan SJKC Pulau Betong memupuk tanggungjawab menjaga kebersihan pantai melalui gotong-royong dan pengurusan sisa.

Lihat Aktiviti →
Warga PBU bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan landskap kampus.
15/04/2024

Gotong Royong Keceriaan PBU

Politeknik Balik Pulau

Gotong-royong landskap bertemakan “Green” menyatukan warga PBU untuk menceriakan kampus dan membudayakan amalan lestari.

Lihat Aktiviti →