Maklumat Korporat

Perutusan Pengarah PBU

Perutusan Pengarah
TS. JASNI BIN MOHD YUSOFF
Perutusan Pengarah

POLITEKNIK BALIK PULAU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Politeknik Balik Pulau (PBU) komited untuk membudayakan amalan kemampanan secara menyeluruh dalam ekosistem pendidikan TVET, selaras dengan aspirasi pembangunan negara, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050.

Selaras dengan Lonjakan 9 Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 yang menekankan Kemampanan dan Kesihatan Bumi, PBU melihat pendidikan TVET sebagai pemangkin penting dalam menangani perubahan iklim, memelihara biodiversiti dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi. Sehubungan itu, prinsip kemampanan diterapkan dalam tadbir urus institusi, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, pengoperasian kampus serta pembudayaan warga.

Inisiatif Smart Green PBU menjadi platform strategik untuk memperkasakan pelaksanaan kampus hijau, menggalakkan inovasi teknologi lestari dan meningkatkan penglibatan aktif seluruh warga politeknik. Pembudayaan kemampanan bukan sekadar tanggungjawab institusi, malah merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan, kesejahteraan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar.

PBU akan terus memperkukuh amalan mampan serta memperluas kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, industri, institusi pendidikan dan komuniti setempat bagi menghasilkan impak yang berterusan.

Saya menyeru seluruh warga Politeknik Balik Pulau untuk bersama-sama menjadikan kemampanan sebagai budaya dan amalan harian. Setiap tindakan, walaupun kecil, mampu menyumbang kepada pembentukan kampus yang lebih hijau, berdaya tahan dan sejahtera demi generasi kini dan akan datang.

Sekian, terima kasih.