Utama / Aktiviti

Pertandingan PBU Recycle @ Grocery Bag Sempena Global Recycling Day 2024

▦ 02/04/2024
Pendidikan & Penyelidikan

Maklumat Program

Pertandingan PBU Recycle @ Grocery Bag merupakan satu pertandingan merekabentuk beg guna semula hasil bahan kitar semula seperti plastik, kain terpakai atau banner terbuang. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap beg plastik sekaligus memberi nafas baru kepada bahan buangan yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.

Pertandingan ini juga membuka ruang kepada kreativiti, inovasi dan tanggungjawab sosial di kalangan peserta. Melalui pertandingan ini peserta mempelajari konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dan menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) dan SDG 13 ( Tindakan terhadap Perubahan Iklim).

SDG Berkaitan

SDG 12SDG 13

Aktiviti berkaitan

Peserta menanam herba sempena gotong-royong Minggu Transformasi Siswa.
01/08/2025

Gotong Royong Minggu Transformasi Siswa – Taman Herba

Taman Herba, Politeknik Balik Pulau

Aktiviti gotong-royong Taman Herba sempena Minggu Transformasi Siswa untuk memupuk kerjasama, memulihara tanaman tempatan dan menyokong pembelajaran tentang kelestarian alam.

Lihat Aktiviti →
Gambar berkumpulan sempena lawatan penanda arasan Smart Green PBU ke Setia SPICE Convention Centre.
18/06/2025

Lawatan Penanda Arasan Smart Green ke Setia SPICE Convention Centre

Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang

Delegasi Smart Green PBU meninjau amalan pengurusan lestari, pengumpulan air hujan, kecekapan tenaga dan landskap hijau di Setia SPICE Convention Centre sebagai rujukan untuk kampus mampan.

Lihat Aktiviti →
Aktiviti penanaman dan penjagaan herba sempena program Earth Day di PBU.
23/04/2025

Program Earth Day: Powering Sustainability melalui Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Taman Herba)

Politeknik Balik Pulau

Inisiatif Taman Herba PBU memperkenalkan dan memulihara tanaman herba tempatan melalui aktiviti penanaman, penjagaan serta pembelajaran untuk menyokong kelestarian kampus.

Lihat Aktiviti →
← Kembali ke senarai