Maklumat Pengiktirafan
Pengiktirafan Dunia Buat Kali Pertama
Politeknik Balik Pulau (PBU) mencatat pencapaian membanggakan apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam carta Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) bagi UI GreenMetric World University Rankings 2025, edisi ke-15.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen warga PBU dalam mengarusperdanakan agenda kelestarian kampus dan memperkukuh budaya hijau di peringkat institusi.
Kedudukan PBU pada Tahun 2025
- Ke-1512 di dunia daripada 1745 institusi yang menyertai penarafan.
- Ke-69 di Malaysia, bersama institusi pengajian tinggi tempatan yang lain.
- Ke-41 dalam POLYCC.
Usaha Bersama Warga Kampus
Kejayaan ini terhasil daripada usaha berterusan seluruh warga PBU dalam menjayakan inisiatif kelestarian. Kerjasama antara jabatan, staf dan pelajar melalui sumbangan tenaga, masa serta maklumat menjadi asas penting kepada pencapaian penarafan dunia ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan PBU. Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk memperluas amalan hijau, memperkukuh kelestarian kampus dan mencapai kedudukan yang lebih baik pada masa hadapan.
- Anugerah / Kedudukan
- Ke-1512 dunia daripada 1745 institusi · Ke-69 Malaysia · Ke-41 POLYCC
- Kategori
- Penarafan Kelestarian Institusi
- Badan Pengiktirafan
- UI GreenMetric · Universitas Indonesia
- Penerima
- Politeknik Balik Pulau
- Peringkat
- Antarabangsa
